Sejadah.co adalah cetusan idea 2 sahabat, setelah melihat kepada kurangnya pilihan sejadah di Malaysia yang bercorak cantik, elegan serta dalam masa yang sama masih mengekalkan kualiti premium, pada harga yang berpatutan.

Dan bermula awal tahun 2018, pencarian untuk sejadah di Sejadah.co dimulakan di Turki, sebuah negara yang sangat popular dengan sejadah yang cantik & berkualiti tinggi.

Bermula dari situ, Sejadah.co mula secara perlahan-lahan mula mendapat perhatian pelanggan di Malaysia, untuk mendapatkan sejadah yang cantik, samada untuk kegunaan sendiri mahupun hadiah atau hantaran perkahwinan.

Di Sejadah.co, kami diterajui oleh team yang sangat dedikasi kepada kepuasan pelanggan, dan misi utama kami adalah untuk mengetengahkan pilihan sejadah yang lain daripada lain, serta menjadi pelopor sejadah #1 di Malaysia.

Sejadah.co diuruskan oleh PD Marketing Solutions (002581202-V) yang beralamat di Ampang, Selangor.