1. Berapa hari biasanya sejadah akan sampai?

- Biasanya, selepas order dibuat, kami akan proses order dalam masa 48 jam, melainkan tempahan dibuat dalam masa hujung minggu (Sabtu & Ahad), serta hari cuti umum.

- Sekiranya tempahan dibuat pada Sabtu, Ahad atau hari cuti umum, tempahan akan diproses pada hari pertama bekerja, dan sejadah akan dihantar kepada pihak syarikat penghantaran dalam masa 48 jam selepas kami proses tempahan.

- Selepas pihak syarikat penghantaran terima sejadah dari pihak kami, mereka biasa akan ambil masa 3 ke 4 hari bekerja (Semenanjung) atau sehingga 10 hari bekerja (Sabah & Sarawak) untuk hantar kepada penerima.


2. Saya nak urgent, boleh ke sampai sebelum hari X?

- Bagi tempahan yang 'urgent', kami tak berani untuk jamin samada sejadah akan sampai pada hari yang diinginkan, kerana kelajuan penghantaran adalah bergantung kepada pihak syarikat penghantaran. Dan ianya diluar kawalan kami.

- Jika anda tinggal di kawasan Lembah Kelang, kami ada menyediakan penghantaran melalui 'runner' yang boleh hantar pada hari yang sama, dan kos penghantaran runner ditanggung oleh anda.

3. Boleh letak notes ke?

- Ya, boleh. Dalam tempahan anda, boleh masukkan nota di bahagian remarks, pihak kami akan sertakan bersama sejadah yang ditempah.

4. Macam mana saya nak guna kod diskaun pembelian pertama?

- Untuk melayakkan anda menggunakan kod diskaun bagi pembelian pertama, anda hendaklah:

i. Mempunyai kod diskaun tersebut (perlu langgan newsletter kami terlebih dahulu, dan sahkan alamat emel yang diberi);

ii. Mempunyai akaun aktif di website kami www.sejadah.co. Boleh daftar disini: https://www.sejadah.co/account/register

Setelah anda mempunyai kedua-dua perkara diatas, anda boleh menggunakan kod tersebut semasa di page checkout, dan pastikan anda 'logged-in' ke akaun anda semasa membuat pembelian.

Jika anda belum mempunyai kod tersebut dan mahu melanggan newsletter kami, anda boleh berbuat demikian disini:

https://landing.mailerlite.com/webforms/landing/h8s6m8