Ilmu mudah lipat sejadah, rupa-rupanya ramai tak sedar selama ini mereka salah lipat!


Boleh dikatakan ramai antara kita yang tak pernah ambil tahu cara lipatan sejadah. Kebanyakannya hanya gantung terus selepas solat. Sebenarnya, mana-mana cara pun okay, cumanya kita takut sejadah tu jadi kotor. Kadang-kadang kotoran atas sejadah ni kita tak nampak. Terutama sekali sejadah berwarna hitam atau gelap. Tau-tau je muka dah naik gatal-gatal.

Mungkin anda fikir, asalkan kemas dan teratur semuanya okay. Saya pun pada mulanya macam tu juga. Tapi, anda silap! Kalau salah cara, sejadah anda akan cepat kotor & kadang-kadang anda tak perasan sejadah anda dah penuh kuman dan debu. Kuman dan debu ni lah yang kita nak elakkan dari ada di sejadah harian kita.

Kalau anda ada banyak sejadah di rumah, bolehlah bersihkan selalu. Tapi kalau tiada, macam mana? Anda kena ingat, Islam juga menitik beratkan kebersihan. Apatah lagi dalam item yang kita guna untuk solat hari-hari. Kita mesti extra careful dalam penjagaan item-item ini. Jom kita belajar sama-sama macam mana sebenarnya nak lipat sejadah dengan betul tanpa mengotorkan mana-mana bahagian sejadah.

Umum tahu, ada dua bahagian atas sejadah tu, bahagian atas adalah bahgaian kita sujud, bahagian bawah adalah bahagian kita berdiri. Cara yang betul lipat sejadah adalah, dalam posisi sejadah selepas kita solat tu, lipat bahagian atas dengan bahagian atas. Maksudnya, bahagian kita sujud tu, dari corner kiri rapatkan dengan corner kanan. Automatik bahagian kaki kiri kena dengan bahagian kaki kanan.

Dengan cara ini, tak adalah kotoran di kaki kita terkena bahagian kita sujud tu. Lepas dah lipat dua memanjang macam tu, boleh lipat dua macam biasa dan jika anda ada penyidai khas untuk telekung dan sejadah boleh terus sangkut di penyidai. Kalau anda solat di masjid, surau atau office, boleh sambung lipat sehingga jadi petak dan mudah untuk simpan semula.

Tak susah kan nak lipat sejadah? Cuma kena rajin dan tahu cara je! Kalau anda selalu kibas-kibas dulu sejadah sebelum lipat, kena sapu terus selepas lipat okay? Bolehlah share cara-cara lipat sejadah ni kepada keluarga dan kawan-kawan anda supaya semua orang boleh solat dalam keadaan yang dijamin 100% bersih dari kuman dan debu. Muka pun boleh stay jadi flawless, solat pun in sha allah sah.