Dah plan nak kahwin? Jom tengok apa yang perlu buat sebelum, semasa dan selepas akad nikah.

Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat atau sebaliknya, pastinya banyak perkara yang berlegar-legar di fikiran. Iyalah, perkahwinan yang bakal dirancang bukan hanya sekadar persiapan majlis semata-mata, namun apa yang perlu diutamakan adalah mengenai proses pendaftaran perkahwinan yang memerlukan banyak persiapan daripada segi dokumen dan melibatkan jabatan-jabatan yang berkenaan.


Jadi adalah lebih elok kalau bakal pengantin memulakan persiapan pendaftaran ini dengan lebih awal supaya majlis perkahwinan dapat diteruskan seperti yang telah dirancang. Kami kongsikan prosedur borang nikah untuk daftar berkahwin dan beberapa langkah penting yang perlu diambil sebelum majlis akad nikah berlangsung buat semua bakal pengantin.


Hadiri Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI)

Credit: Shafyqah Azahar

Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ perlu memastikan setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga telah menghadiri kursus pra-perkahwinan dan memiliki Sijil Kursus Pra-Perkahwinan MBKPPI yang sah sebelum mengemukakan permohonan pendaftaran nikah. Kebiasaannya, kursus ini dikendalikan oleh badan persendirian yang bertauliah atau saluran terus daripada JAKIM sendiri. Tetapi, lebih baik anda pergi kursus yang ditawarkan JAKIM.


Yuran yang dikemukakan bergantung kepada negeri, tetapi selaluya adalah sebanyak RM80 - RM120. Kursus yang dijalankan selama 2 hari berturut-turut ini bertujuan untuk memberi penerangan bukan sahaja tentang prosedur persiapan perkahwinan yang perlu dilaksanakan tetapi juga sebagai salah satu langkah kerajaan untuk mempersiapkan peserta daripada segi fizikal dan rohani sebelum menempuhi alam perkahwinan yang penuh dengan cabaran.


Ujian Saringan HIV


Setiap pasangan sebelum berkahwin diwajibkan menjalani ujian HIV. Ini penting untuk mengetahui status HIV seseorang individu. Tujuan HIV test ni untuk kurangkan kadar HIV daripada merebak seluruh negara. Ujian HIV boleh dijalankan di klinik kesihatan atau dekat sesetengah hospital. 


Sebelum buat ujian HIV, pastikan anda bawa sekali borang nikah dan juga borang ujian HIV yang boleh didapati daripada Pejabat Agama Islam Negeri, dimana anda menikah nanti atau melalui laman web Pejabat Agama Negeri. Jadi, nanti result ujian doktor akan isi dalam borang tu. Keputusan akan dapat masa tu jugak.


Kalau keputusan HIV anda negative, so anda tak ada halangan untuk bernikah. Tetapi kalau keputusan anda positive, anda perlu hadiri sesi kaunseling terlebih dahulu. Semasa sesi kaunseling, anda dan pasangan akan diajar teknik mencegah penyebaran HIV. Selain ujian HIV, bakal pengantin perempuan mesti menjalani ujian thalassemia (Ujian Genetic).


Daftar Nikah Online Di Laman Web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia


Setelah pasangan mendapatkan Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan Keputusan ujian saringan HIV yang sah, permohonan bagi pendaftaran pernikahan bolehlah diteruskan dengan melayari laman web yang telah dilampirkan di bawah.


Laman Web: http://www.sppim.gov.my/sppim/home


Klik pada pautan ‘Benar Nikah online’ dan pasangan lelaki perlulah terlebih dahulu mengisi segala maklumat diri dan pasangan. Seterusnya, pemohon akan diberikan nombor rujukan dan ianya perlulah disimpan bagi membuat sebarang pindaan pada maklumat diri atau pasangan nanti.


Permohonan nikah secara online atau atas talian ini hanya meliputi Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Perlis, Selangor dan Melaka sahaja, bagi negeri-negeri yang tidak disebut, permohonan perlulah dikemukakan secara manual atau bolehlah rujuk mana-mana website yang berkaitan untuk info lanjut.


Pastikan Mukim Pasangan Anda

Langkah yang seterusnya ini sangat penting bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran. Kebanyakan bakal pengantin keliru dan selalu confuse dalam memilih mukim atau kariah masjid ini kerana setiap pasangan berbeza kes dan kondisinya.


Oleh itu, pasangan digalakkan untuk mencatat setiap isi penting yang dibahas oleh pegawai agama ketika menjalani kursus pra-perkahwinan. Ataupun, hubungi pegawai yang berkenaan di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan.


Tetapi kalau anda nak mudah sebenarnya, untuk memastikan kariah masjid yang betul, alamat masjid mestilah hujungnya sama dengan alamat rumah anda. Contohnya, masjid yang anda pilih dan alamat rumah anda dua-dua berakhir dengan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Secara amnya, melalui prosedur ini, pasangan lelaki dan perempuan yang sama daerah perlulah menghantar borang nikah online yang lengkap bersama lampiran yang dikehendaki kepada pejabat agama 30 hari sebelum tarikh nikah. Manakala, 90 hari sebelum tarikh nikah adalah tempoh diperlukan bagi pasangan yang berlainan daerah atau negeri.


Isi & Lengkapkan Borang Nikah Pengantin Lelaki

Pihak lelaki perlulah terlebih dahulu mengisi dan melengkapkan borang dengan segala maklumat yang dikehendaki sebelum pihak perempuan memulakan prosedur.


Di bawah ini merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan sebelum mendapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Kariah.


Borang & Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Daftar Nikah:

Borang Dokumen Penting Nikah Pihak Pengantin Lelaki

Pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah boleh juga mengesahkan borang permohonan sekiranya penolong pendaftar nikah kariah sedang bercuti. Dinasihatkan untuk anda call dulu buat temujanji sebelum anda datang dan beratur untuk hantar borang.


Seterusnya, pihak lelaki perlulah mendapatkan kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah dan permohonan kahwin yang telah diluluskan hanya sah dalam tempoh 3 bulan sahaja. Inilah sebabnya anda perlu rancang masa anda & pasangan betul-betul.

Borang Kebenaran Bernikah Untuk Pengantin Perempuan

Setelah selesai urusan permohonan bagi pihak lelaki, pihak perempuan bolehlah memulakan prosedur yang sama iaitu dengan melengkapkan borang 2C dan 2D dan seterusnya melampirkan dokumen sokongan seperti yang berikut:

Borang Kebenaran Nikah Pengantin Perempuan

Setelah borang dan dokumen sokongan lengkap disediakan, bakal pengantin perempuan kemudian perlulah mendapatkan pengesahan berkahwin daripada penolong pendaftar nikah bersama wali dan 2 orang saksi.


Seterusnya, selepas urusan bersama penolong pendaftar nikah selesai, pengantin perempuan harus mengemukakan permohonan kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Islam di daerahnya bagi pasangan yang berlainan daerah, yang hanya sah di dalam tempoh 3 bulan sekiranya diluluskan.


Namun, jika pasangan tersebut berasal dari daerah yang sama, borang kebenaran berkahwin boleh terus dihantar pada imam masjid kariah bagi pengesahan akad nikah.


Tuntutan Wali Untuk Pihak Perempuan

Di sini juga penting untuk disenaraikan tuntutan wali untuk pihak perempuan bagi mengelakkan segala kekeliruan dan memudahkan segala urusan.

Tuntutan Wali Untuk Pihak Perempuan

Surat Nikah Ibu bapa bagi pemohon yang masih mempunyai ayah yang berkemampuan untuk menjadi wali, ini adalah sangat penting untuk dikemukakan bagi tujuan pengesahan taraf wali.

Prosedur Akad Nikah

Credit: lemotionphoto.com

Setelah bersusah-payah menempuhi segala proses dan persiapan perkahwinan yang mencabar, kini, tibalah masa yang cukup mendebarkan oleh setiap pasangan yang bakal berkahwin. Acara akad nikah bukan hanya sekadar pada majlisnya sahaja, tetapi masih ada prosedur yang perlu diikuti.


Setelah segala permohonan kebenaran kahwin diluluskan bersama borang dan dokumen sokong yang lengkap diisi, pejabat agama akan memulangkan semula borang kebenaran nikah tersebut kepada bakal pengantin perempuan untuk diserahkan kepada imam masjid qariah bagi acara akad nikah.


Pada hari akad nikah berlangsung, kadi akan memberikan surat nikah sementara yang lengkap dengan maklumat pasangan pengantin. Pengantin dinasihatkan supaya menyemak semula segala maklumat diri yang penting dengan betul.


Perlu diingatkan juga disini bahawa upah bagi tok kadi atau jurunikah perlu disediakan oleh pihak pengantin lelaki sejurus selepas majlis akad nikah dilangsungkan. Kadar upah adalah berbeza mengikut negeri pernikahan tersebut dijalankan. Bagi negeri Selangor contohnya, upah yang dikenakan adalah sebanyak RM160.

Mohon Sijil Nikah Sebenar

Prosedur seterusnya ini bolehlah dilakukan dengan menyerahkan sijil nikah sementara kepada Pejabat Agama Daerah pihak isteri. Dokumen sokongan lain yang diperlukan ialah seperti :

  • Kad pengenalan suami dan isteri

  • Kad pengenalan wali

 

Bayaran RM20 diperlukan bagi yuran pemprosesan sijil dan sijil akan siap dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan. Adalah dinasihatkan pasangan pengantin untuk membuat salinan sijil nikah ini bagi kegunaan masa hadapan dan sebagai rujukan kelak.

Mohon Kad Kahwin Original

Kad kahwin merupakan dokumen perkahwinan sah bagi menggantikan sijil perakuan nikah yang didatangkan di dalam bentuk kad. Ini merupakan inisiatif kerajaan bagi memudahkan pasangan suami isteri membawa dokumen tersebut ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.


Pasangan berkahwin boleh mengemukakan permohonan di Pejabat Agama Daerah pihak isteri, sama seperti urusan pengambilan sijil nikah. Dokumen yang diperlukan adalah seperti:

  • Satu salinan Sijil Perakuan Nikah

  • 1 atau 2 keping (bergantung kepada negeri) gambar bersaiz pasport suami dan isteri

  • Resit bayaran

Permohonan akan dikenakan caj sebanyak RM 40 bagi dua keping kad. Kad kahwin pada kebiasaannya akan siap dalam tempoh 5 hingga 7 hari bekerja.


Tidak dinafikan bahawa prosedur pendaftaran perkahwinan seperti yang diterangkan di atas sedikit mencabar. Kalau anda mula sediakan semua dokumen awal-awal, semuanya akan berjalan dengan lancar.


Good luck!



Klik sini untuk ke thread @lisaa_aa98 di Twitter