Cara Cuci Sejadah Yang Betul


Sejadah adalah salah satu kelengkapan solat yang dimiliki oleh setiap umat Islam. Kiranya, setiap rumah memang wajib ada satu. Kaum lelaki terutamanya, selalu simpan extra sehelai sejadah dalam kereta untuk solat Jumaat. Supaya tak risau kalau masjid dah penuh dan kena tunggu lama untuk dapatkan sejadah dari masjid. Memang memudahkan kalau anda simpan satu dalam kereta walaupun anda wanita, di mana-mana boleh solat tak perlu tunggu lama.


Sejadah ni diperbuat daripada pelbagai jenis bahan tau. Salah satunya ialah kain velvet, bulu rasfur, bahan polyester, dan macam-macam lagi lah yang anda boleh jumpa di pasaran. Anda boleh cari sejadah yang sesuai dengan keperluan anda, kalau anda kaki travel, boleh cari material yang ringan dan senang dilipat. Sejadah penting untuk memastikan kebersihan ruang yang digunakan semasa menunaikan solat.


 


Ramai yang terlupa bahawa sejadah juga boleh jadi kotor. Walaupun selalunya kotoran pada sejadah kita tak nampak sebab kotorannya terdiri daripada habuk & kuman. Kadang-kadang sejadah juga boleh jadi berbau kalau lama tidak dicuci dengan bersih ataupun dah bersihkan tetapi tak sidai dengan betul.


Jadi harini, kami nak ajar step-by-step untuk bersihkan sejadah anda sehingga diyakini bersih untuk digunakan sewaktu solat terutamanya. Anda boleh juga tolong basuhkan sekali sejadah-sejadah di surau-surau tempat awam pada hari minggu. Jom kita tengok satu persatu cara membersihkan sejadah.


Pertama sekali anda perlu lihat label dan pastikan jenis sejadah tersebut untuk mengelakkan kualiti sejadah mudah rosak, cucian perlu betul dan mengikut label pada sejadah. Biasanya di label akan ada detail material dan apa yang anda perlu elakkan semasa mencuci sejadah tu. Kalau anda masih tak pasti, boleh juga google jenis sejadah atau jenama sejadah anda untuk pastikan.



Sekiranya sejadah anda adalah daripada bahan sutera atau daripada bahan lembut, disarankan untuk mencuci secara dry clean. Ini kerana dua bahan ini akan mudah rosak jika dicuci dengan menggunakan air dan detergen biasa. Lagi satu, dryer atau mesin basuh yang ada di rumah anda mungkin tidak sesuai untuk mengeringkan dan membasuh sejadah. Setiap dryer & mesin basuh ada fungsi tersendiri.



Selain itu, jika sejadah anda mempunyai kotoran yang banyak atau jelas kelihatan anda perlulah membersihkan kawasan kotoran itu dengan menggunakan cecair pembersih kotoran. Biarkan ia selama 30 minit. Kalau kotoran tu sangat kering dan susah nak hilang walaupun sudah letak detergen, guna jari atau berus untuk perlahan-lahan melembutkan kotoran tadi. 


Selepas itu, barulah anda rendam keseluruhan sejadah dengan air dan detergen atau pewangi pakaian selama satu jam. Pastikan air mencukupi untuk merendam keseluruhan sejadah agar semuanya tenggelam. Ada jenis sejadah yang mempunyai ketebalan yang menyebabkan air susah untuk masuk ke lapisan tengah sejadah. Apa yang anda boleh buat adalah tekan tekan sejadah pastikan air betul betul masuk ke lapisan dalam menggunakan tangan sahaja.


Apabila selesai direndam, bilas dengan air bersih. Kalau sejadah anda masih berbau, boleh cuba untuk membilas sejadah anda menggunakan air panas sehingga betul-betul bersih dan tidak berbau lagi. Kemudian, gulung sejadah itu sehingga air berkurang. Jangan diperah secara berpusing kerana ia akan merosakkan tekstur depan dan belakang sejadah.


 


Akhir sekali adalah cara untuk menjemurnya. Seelok-eloknya keringkan sejadah dengan angin sehingga tiada titisan air. Maksudnya, sidai sahaja di tembok rumah atau atas ampaian sehingga tiada air yang menitik keluar dari sejadah anda. Jangan terus jemur di bawah matahari yang terik masa sejadah masih berair.


Kemudian, barulah dibentangkan di bawah matahari. Jangan terus dibentangkan dan dijemur di bawah cahaya matahari yang terlalu terik kerana sesetengah sejadah akan cepat lapuk apabila terkena matahari. Sama juga dengan dryer, suhu yang terlampau panas secara tiba-tiba akan merosakkan apa jua jenis fabrik. Termasuklah sejadah, baju ataupun langsir.


Mudah kan sebenarnya cara nak bersihkan dan cuci sejadah ni? Sekarang anda boleh cuci sejadah anda dengan cara dan turutan yang betul supaya sejadah anda tahan lama. Disamping itu, sejadah anda akan sentiasa bersih dari debu, habuk dan juga kuman yang boleh menyebabkan kegatalan di kulit muka, tapak tangan dan kaki anda.


Selamat mencuba!