Musim-musim kahwin ni semua orang busy. Parents pengantin busy, bridesmaids pengantin busy, pengantin lagi lah busy! Lagi serabut bila pengantin belum siap-siap lagi hias barang-barang hantaran. Ada jenis pengantin yang tak ambil pusing, asalkan siap dan upah je orang buatkan.
Ada segelintir yang nak buat sendiri supaya ada sentimental value di situ. Mana-mana pun cantik kalau anda tahu konsep majlis anda. Harini SCO bagi anda idea 7 idea hantaran supaya anda boleh buat keputusan dengan cepat!
Tradisional
Credit: JohnathanCovey1 on Blogspot
Zaman sekarang, ramai yang sukakan konsep yang berkaitan dengan tradisional. Ianya merupakan konsep keaslian kemelayuan dan tradisi orang melayu kita sejak zaman dulu lagi. Biasanya, kalau pasangan yang pilih konsep tradisional ini akan memilih warna dan tema emas diraja, ungu atau hijau gelap sebab sangat bersesuaian dengan konsep keaslian orang melayu kita.
Moden
Credit: @asyxhhh on Pinterest
Konsep moden menggunakan terrarium nampak lebih gah dan mahal. Dikelilingi pula bunga-bunga yang berlainan tona rasa macam di Taman Bunga yang sedang kembang mekar. Bunga ros purple yang membawa maksud cinta pandang pertama, cinta yang ikhlas antara pasangan pengantin diserikan lagi dengan bunga kekwa yang bermaksud kejujuran dan kesetiaan sang mempelai bersama yang tercinta dan saling cinta mencintai.
Hidden
Credit: @pengantinbaru on Pinterest
Kalau anda nak tahu, hidden hantaran ni telah digunakan dari zaman tok nenek moyang kita lagi. Tapi kini telah menjadi trend semula pada zaman ini kerana kebanyakan mereka lebih mahukan privasi dan merahsiakan barang-barang hantaran yang akan diberikan kepada pasangan masing-masing. Dengan menggunakan hidden hantaran ini ianya lebih mudah kerja dan senang tidak perlu gubahan tambahan dan tidak perlu lagi memikirkan cara untuk mendekorasinya. Selit sikit baby breath terus nampak perfect!
Kayu
Credit: Asta Design Art
Kalau sang pengantin menginginkan perkahwinan yang nampak simple atau ala-ala garden, dengan menggunakan kotak atau tray kayu/pallet hantaran terus nampak lebih hipster. Kotak kayu itu dialasi pula dengan grass carpet, bunga tangkai atau poliform. Poliform diletakkan di ruang dalam kotak itu supaya barang yang akan dimasukkan nampak tinggi dan kemas. Selain itu, gubahan kayu pallet ini akan menampakkan lagi seni ketulenan kayu yang juga simbolik kekuatan.
Tray
Credit: @seserahan.idm
Kalau anda nak lebih kreatif dan inginkan sedikit kelainan, ada banyak juga jenis dulang hantaran yang menggunakan tray. Dulang ni boleh dikombinasikan dengan pelbagai jenis bentuk-bentuk yang berlainan seperti crystal tray, tray bulat, tray yang berbentuk transparent, tray besi bunga dan juga dulang perak. Selalunya bagi pasangan yang menggubah untuk dulang hantaran pertunangan, akan menggunakan tray bulat. Ini kerana tray bulat mudah untuk diletakkan makanan-makanan seperti manisan coklat-coklat, buah-buahan anggur dan barang keperluan lain.
Dulang Bakul Rotan
Credit: Fadzi Razak on Pinterest
Dulang bakul rotan lebih mudah dibawa dan dipegang terutama sekali oleh family kita yang dah berumur. Tak perlu risau barang hantaran terjatuh ke bawah sebab berat. Bakul rotan mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian barangan hantaran yang hendak diberi kepada pasangan anda. Anda mesti ukur betul-betul size barang hantaran untuk elakkan masalah di kemudian hari. Lepas ukur, lebih mudah anda pilih jenis bakul rotan yang berbeza-beza bentuknya mengikut citarasa masing-masing. Dulang bakul rotan juga kini mempunyai pelbagai variasi warna dan bentuk di pasaran.
Box Kaca
Credit: @rahimahothman5 on Pinterest
Sudah pasti box kaca menjadi pilihan hati bagi bakal pengantin yang mengambil konsep inggeris kerana dengan penampakannya yang ekslusif dan mahal pada kaca tu sendiri. Setiap pasangan akan lebih tertawan hati untuk memilih bekas kaca atau acrylics begini bila dipadankan dengan bunga-bunga yang berwarna neutral. Kebanyakan orang yang memilih box kaca biasanya yang mempunyai bajet yang berlebihan, mampu dan mahukan keserian lutsinar di pandangan mata orang.